Pertama kali bertemu denganmu
Kaulah yang menawan hatiku
Kaulah yang berbakat
Di antara keseluruhan kumbang
Bila menatap di matamu
Hati bunga hancur berkecai
Sedetik bertemu denganmu
Bagai aur dengan tebing
Sekempil cinta ku
Segantang rasa cinta mu
Walau jauh di mata
Tetapi dekat di hati
Walaupun ku tidak meluahkan
Perasaan hati ku pada mu
Kerna belum tiba masanya
Untuk ku luahkan pada mu
Ku tidak mahu diri ku
Dipermainkan oleh mu
Hari demi hari
Masa lalu dengan pantasnya
Tiba-tiba kau lari
Dari pandangan ku
Bagai kacang lupakan kulit
Dengan mengejar bunga yang lain
Ku sedih kerna ku telah
Jatuh di tangan mu
Dari awal ku tahu
Bahawa kau dan aku
Tidak akan kekal lama
Tetapi ku tetap menunggu mu....
Walaupun kau pergi dengan bunga
Ku tahu bertapa sayangmu
Terhadap ku tak akan berakhir....
Akhirnya kau sedar bahawa
Cinta kita tetap kekal bersama
Bagai isi dengan kuku
Cinta dan sayang padamu
Tak akan padam....
Kaulah jantung ku
Dan kaulah hidup ku
Cinta kau dan aku
Tak akan berakhir....
Sehidup semati kau dan
Aku tetap bersama....
No comments:
Post a Comment